Sabtu, 17 Mac 2012

rupanya ratio jadi penyebab...

Assalamualaikum...
         Lamanya sudah tak ku jengah blog yg suam2 kuku saja isinya..biarlah,walau tidak ada pembaca setia,walau tulisan ku tiada berinfo tapi sekadar untuk aku lempiaskan segala yang terbuku..Kata orang kalau dibiarkan lama2 nanti jadi nanah dan berdarah...
Ops..cukuplah,aku bukan nak mengadu apa2 pun..Sekadar nak memulakan tarian jemariku yang ku rasa semakin hari semakin bersemangat nak buat sesuatu..Sesuatu yang dah lama sangat ku impikan.Cuma kekangan demi kekangan yang menghambat buatku rasa cukuplah tulisanku jadi tatapan murid2ku di papan putih..
         Rutin harianku seperti biasa,saban tahun begitu sajalah,cuma aku sering mencabar diri ini untuk lakukan yg bukan kebiasaan..Musim  peperiksaan SPM yg lepas aku berjaya laksanakan tugas sebagai Ketua Pengawas SPM di salah sebuah sekolah harian di daerah Klang yang majoriti pelajarnya hampir 70% cina,selebihnya pelajar melayu dan india.
          Alhamdulillah,pada aku,itulah pengalaman pertama buat aku mengurus dan menyusun dengan baik..Seramai 147 calon dan 8 orang guru berlainan cita rasa dan karenah aku hadapi..tapi terima kasih yang tak terhingga pada mereka2 yg beri aku pengalaman pertama ini..Benarlah kata bijak pandai,tiada yang pertama manakan datang yang kedua.Untuk tahun 2012,sekali lagi aku mengisi borang untuk menjadi Ketua Pengawas dan aku rasa aku perlu tingkatkan kemahiran dengan mengisi juga borang menanda kertas sejarah spm..(nasib geografi tidak ditawarkan di sekolah aku,kalau tak mahu juga ku isi untuk subjek itu )..
Cabaran dalam kerjaya ku juga agak mencabar tahun ini.Pertama kali pegang 3 kelas untuk subjek geografi PMR,aku cabar lagi diri ini supaya mengekalkan,meningkatkan seterusnya menjadikan subjek ini bukan subjek tempelan di sekolah..Bantulah aku Ya Rabb..sesungguhnya aku benar2 inginkan subjek ini diminati oleh pelajar2ku,bukan sekadar hanya mahu lulus peperiksaan sahaja..
             Aku perlu sibukkan diri aku , aku perlu kuat dan tabah untuk meneruskan kehidupan yang kita tak tahu penghujungnya.Anak2ku semakin meningkat dewasa,pelajaran,ilmu dan didikan pada mereka perlu ku jaga..Aku tak mahu dikata,kera di hutan disusukan,anak di rumah cikgu suria abaikan.Ikhlas dan Chinta semakin menunjukkan prestasi yg baik,harap mereka terus2an begitu..doaku sentiasa untuk mereka.Akhbar dan Khalifah juga semakin petah dan lincah,terhibur melihat karenah mereka,melupakan sejenak apa saja yg menekan jiwa.
              Aku ingin kongsi rasa sayang,kasih dan cintaku pada keluarga keranaMu Ya Rahim ,Ya Rahman..aku ingin benar keluargaku jadi keluarga yang sakinah dan mawaddah.Diam2 ku mohon pada setiap sujudku agar keluarga yang kami bina ini berdiri pada landasannya,kukuh akar tunjangnya dengan iman dan amal..Bantulah aku Ya Allah,hapuskanlah rasa yg boleh buat aku sakit menyesakkan di dada,bantulah aku untuk buang segala curiga..bantulah aku untuk buang rasa tidak dicintai lagi dengan terus2an mencintaiMU ,bantulah aku untuk aku tabah dan kuat kerana aku berdiri dengan dua kaki ini.Aku tidak sempurna dan aku tidak memilih kesempurnaan total kerana aku tahu aku tak layak mendapatnya..
              Kesimpulannya,sebagai manusia yang tak sempurna aku ingin memohon pada semua terutama suamiku,kerana aku tahu disepanjang helaan nafas aku bersamamu banyak benar khilafku,banyak benar salahku dimatamu..kerana aku tahu kau sentiasa mahukan kesempurnaan,mungkin aku bukan orangnya..Untuk insan2 yang hampir denganku aku tak sempurna tapi sentiasa berusaha jadi yang baik,hanya sokonglah aku,titiplah sedikit kasih sayang kalian buat aku rasa hangatnya hidup ini.

Wassallam....

Isnin, 15 Ogos 2011

Ramadhan datang kembali..

Salam ramadhan...


Alhamdulillah dah 16 ramadhan kita berpuasa...aku akui sangat ramadhan kali ni yg paling mencabar utk aku ,ibu pada 4 orang anak ni...hahhahaha...terpaksa mengakui bahawa bukan senang bagi ibu yang berkerjaya nak uruskan segala2nya tanpa suami yang membantu di sisi..mesti kalian dah dapat mengagakkan....demi kerjaya dan masa depan yg gemilang,aku izinkan suamiku utk teruskan perjuangannya ...alhamdulillah sudah 6 kali kami berbuka dan bersahur disepanjang ramadhan kali ini...bila aku tanya,bila lagi mahu terbang ke bumi kenyalang,hanya senyumannya yang menjawab soalanku.Apapun,aku semakin redha dan lali dengan keadaan ini...pintaku agar ALLAH pelihari hubungan kami,kasih sayang kami,ikatan suci yg melingkari keluarga sakinah kami...walau apa juga dugaan yg datang...


Sebenarnya nak kongsi dengan kawan2 pengalaman berpuasa anak sulung dan anak dara ku si chinta safiya..Ikhlas dan chinta pada hari pertama berpuasa hanya bertahan sampai pukul 10 pagi sahaja...mungkin masih belum bertahan atau masih tak tahu macamana nak puasa...masuk hari kedua chinta dah menunjukkan perkembangan yg baik,sehingga achik wawa bawa dia ke bazar ramadhan beli juadah berbuka...macam2 da ditunjukkan sampaikan pucuk paku masak lemak pun ditagih oleh chinta..nasib baik makan sampai habis..tp lepas tu,habis muntah apa yg dimakannya...sian chinta...ikhlas masih tak dapat mengawal rasa letih dan haus terutama bila di sekolah petang..ada2 saja alasannya termasuk 'abang takut pengsan bila tak minum air' , 'kawan abang ajak sembang sampai tekak kering' dan yang paling kelakar 'bila abang puasa,abang rasa kaki abang lembik' ( padahal kalau balik sekolah tu rasa dialah yg paling ceria bila turun van )..berterusan sehingga hari ke 5 tetapi bila dia je tak dapat imbuhan berbuka yg lazat maka mulalah dia cuba nak berpuasa penuh...


Belum lagi fikir betapa peningnya kepala nak fikir lauk berbuka dan bersahur...hari2 masak menu berbeza,hari2 bersama rakan2 di sekolah membelek buku resepi,hari2 bukak internet ,kot2 ada resepi istimewa..sudahnya anak2ku hanya request telur mata kerbau dan kicap untuk bersahur..agaknya itu saja yg mampu puaskan selera mereka...senang kerja ibu n achik...


Secara jujurnya,tahun ini mmg aku tak bernafsu dan berhasrat nak berbelanja besar..baju anak2 pun mmg sehelai tak beli lagi,termasuk baju sendiri dan suami..sehelai baju kurung pun tak ku tempah ..mmg langsung tak bernafsu ...(hehhehe,modalnya pun macam nampak tak nampak je ) Alhamdulillah,ada gak pengumuman bonus setengah bulan gaji...


Tahun ni mmg tahun bersederhana buat kami..modal dah banyak dilaburkan untuk rumahku syurgaku...so pepaham jelah ek kengkawan kalau datang ke teratak kami hanya dihidangkan dengan air sirap dan mee bandung muar...( cadanganan menu utama time member2 n sedara mara datang berkunjung )..


Moga ramadhanku kali ini lebih bererti ,moga amalanku tahun ini semakin bertambah, moga syawal yg bakal menjelma akan tetap ceria walau segalanya ku tempuhi di ramadhan kali ini...


Ramadhan al-kareem...





Rabu, 13 Julai 2011

entry kali ini bukan untuk ditangisi...

cerita hari ini tentang hidup berumahtangga..bukan nak cerita pasal rumahtangga saya tapi nak cerita tentang fenomena hidup berumahtangga ini..perkongsian yang suci yang suami dan isteri kongsi bersama-sama baik suka dan duka,baik derita dan bahagia..baiklah,kalau kita sebut tentang berkongsi,sebenarnya apa yang kita kongsi dengan suami kita..kongsi katil,kongsi makan,kongsi duit..bagi saya,perkahwinan dan kehidupan berumahtangga ni bukan sahaja secara material yang boleh kita nampak je kita kena kongsi,tapi yg berbentuh lahiriah,secara dalaman,perasaan pun harus kita kongsi...

bila sehari kahwin ,wah mmg indahnya perkahwinan,jalan pun berpimpinan,macam takut sangat kalau berenggang tu,tapi hakikatnya bila dah mula beranak pinak,memang susah sangat nak kekalkan jalan berpegangan tangan dengan pasangan..antara alasan,mungkin dia malu,mungkin dia kata kita merepek,dah tua2 pun nak manja2,buang tebiat apa...tapi sebenarnya kita kena kongsi apa kehendak dan kemahuan pasangan kita juga...bagi saya apa salahnya sekali sekala nak jalan pegang2 tangan dengan suami..

belum lagi dengan tabiat masing2..time mula2 kahwin masing2 kata apa kelemahan pasangan kita tu kita terimalah seadanya.nanti pelan2 hilanglah mana2 yg kita tak berkenan tu..biarlah,tapi hakikatnya bila benda tu dah jadi darah daging,dah jadi rutin,mmg bukan benda senang nak ubah..pendek kata,alahai,dah mmg tabiat dia macam tu,apa nak buat,terimalah..

masakan kegemaran juga jadi perkara yang kadang2 boleh cetuskan bibit2 pertengkaran..maklumlah,bila si isteri dah tak sempat nak sediakan masakan macam mula2 kahwin dulu,kalau memasak pun main aci letak2 saja coz tgh masak anak yg bongsu merengek nak bermanja..sudahnya,ada yg kurang rasa kurang perisa.suami makan mula muncung muka..( tapi saya mengaku skill memasak saya mmg tak berapa nak menyerlah )

entahlah,tepuk dada tanya selera masing2...nilai sendiri dan buatlah muhasabah diri tentang rumahtangga masing2...pada saya,rumahtangga saya sempurna,cukup sempurna dengan anak2 saya..tapi saya rasa kalau kadang2 suami saya buat kejutan romantis ke,tolong urut2 kaki saya ke,bahagianya saya...tapi syukurlah dengan apa yang dah ada sekarang ni..kalau anda kenal saya,tahu perilaku saya,anda akan yakin kehidupan saya sudah cukup bahagia..tapi saya ni tamak sikit,kalaulah kebahagian yang saya rasa sekarang ni ditambah dengan kebahagian2 yg berlipat ganda,agaknya makin bahagialah saya..

buat pembaca setia saya,( hahahhaha,walau anda seorang sahaja adikku farhana ),entry akak hari ni tak buat awak menangiskan..harap awak juga bahagia dengan kehidupan awak...

ramadhan ini akan saya buktikan pada suami saya,kehidupan rumahtangga saya akan saya uruskan sebaiknya..walau mungkin hanya seminggu saja kita berbuka bersama sekeluarga ( dah tak hairan dah,coz saban tahun macam tu jugak)..ooo,lupa ..tadi di fesbuk suami saya dia ada tulis pasal saya yang komplen tentang kesibukannya dengan kerjaya..saya sudah cukup takut nak membalasnya di wallnya,cuma saya akan balas di entry ini..pada saya,kesibukkan dengan kerjaya itu memang pengorbanan paling besar bagi kami,cuma meluangkan masanya yang memang sedikit itu bersama keluarga dalam erti kata 'quality time' memang sangat bererti..apapun..cinta saya pada dia memang besar,pengorbanan saya pada perkahwinan kami mmg cukup ikhlas..hanya gunakanlah mata hatinya untuk menilai...mungkin saya bukan yang terbaik buatnya,tapi saya akan cuba jadi yang terbaik di matanya...

sampai sini..moga ketemu lagi..

Rabu, 6 Julai 2011

masa yang laju berputar

      sedar tak sedar laju sungguh putaran masa kini...agak tersentak dan tercungap di pertengahan tahun dengan segala urusan kerjaya mahupun rumahtangga...hampir 2 bulan selepas bibik maryam pulang ke indonesia..rutin sudah semakin sebati..terima kasih adik perempuan ku yang hanya itulah saudara perempuan ku yg ku ada...tanpa bantuan mu mmg agak kucar kacir jadinya..
      bermula segala kesibukan dan kalut di akhir bulan mei yg mana pada waktu yg sama,bik yam mahu pulang,mama nak kenduri kawenkan yus kat kampung dan berpindah ke istana idaman...wah,hampir tak terdaya mengharunginya,tapi alhamdulillah,sudah 2 bulan aku dan keluarga di rumah baru yg serba sederhana itu...
        rutin harian di sekolah pun semakin menekan,dengan segala fail2 panitia yg semakin hari semakin jauh ku tinggalkan,mengejar silibus utk pelajar f3 (alhamdulillah dah habis dengan jayanya),tak lama lagi nak ujian MIBF peringkat daerah klang,pentaksiran kerja kursus..dan macam2 lagi...(tp aku masih punya waktu nak menulis di fesbuk dan blog).Alhamdulillah ya Allah,kesihatan yang dikurniakan setakat ini sungguh baik,aku mampu menguruskan hal2 kerjaya dan rumahtangga (jangan marah,berat dah turun hampir 6kg)..Macam biasa suamiku yg sentiasa sibuk dengan urusan kerjanya ,standart ler kalau ditinggalkan hampir 2-3 minggu..
Kalau tak outstation pun,selagi jam di dinding tak pukul 10 malam,dia tak balik lagi...Semuanya itu menuntut pengorbanan..bukan calang2 yg terkorban sebenarnya..Tipulah kalau stress itu tak mampir dalam kamus hidupku...
      segalanya perlu aku tempuhi demi amanah ini..amanah pada kerjaya,amanah allah yg diutus melalui anak2..amanah allah yg perlu dilunasi dan dipatuhi..tapi sesekali hati ini berkata juga,adakah aku seorang saja yg perlu menghadapinya?????
        gembira bila seorang demi seorang adik2 iparku disahkan mengandung..maksudnya aku bakal jadi maklong pada anak2 sedaraku yg bakal lahir..pewaris generasi keluargaku..makin besarlah keluarga kami nanti,makin riuhlah rumah mamaku nanti...
          apapun masa yg laju berputar ini,takkan ku siasiakan..akan dipenuhi setiap saat dengan sesuatu yg luar biasa..masa yg berharga buat anak2 dan keluarga,masa yg pantas buat anak2 muridku yg bakal berperang di medan PMR nanti...

Khamis, 17 Mac 2011

Harus jadi lebih berdikari...

   Sekadar untuk mencatat setelah sekian lama takku jengah blog ini...Hari Jumaat yg ceria dan penuh barakah...Terang cuaca namun tak mampu diramal adakah hujan di tengah hari ini..
Hampir 7 hari cuti berlalu,dan berbaki lagi 2 hari sebelum rutinku berputar semula...Memulakan pertengahan semester pertama dengan tugas2 rutin...Perlu lebih kerja kuat dan keras (walaupun kekadang ku rasa rutin yg sama berulang setiap hari)
   Syukur pada nikmat yang Allah beri,punya kesihatan yang baik,punya anak2 yg sihat,comel dan bijak (setakat pemerhatian kasar seorg ibu)juga doa sebenarnya...Namun sebenarnya aku perlu jadi lebih kuat dari sekarang,perlu jadi lebih berdikari dari sekarang..
   Hari ini,hampir 3 minggu suamiku outstation di Sarawak..dengarnya berkemungkinan tak pasti akan pulang bila...Wah,mmg cukup 'survivol' aku kali ini..menghadapi segalanya sendirian..Tapi aku cukup pasrah dan aku yakin aku cukup kuat untuk hadapinya..bukan jadi masalah besar untuk menghadapi kalut pagi dgn karenah anak2 yg bersekolah,hampir bersilat tiap pagi mengejutkan mereka( 2 org je pun ),blm lagi dgn mood si chinta safiya yg berubah2,bukan jadi masalah besar bila tiap kali tayar keretaku sampai di hadapan pagar sekolah ketika itu orang atas2 sudah sampai...Bukan jadi masalah besar pun bila, tiba2 ada anak2ku yg demam dan perlu ku hantar ke klinik yg kadang2 serentak 4 orang demam sekaligus...belum lagi karenah2 semasa dan sekeliling yang kadang2 mampu buat hati kecilku berdesih....arghhhh..kenapa aku yg jadi mangsanya...
   Aku rasa aku cukup kuat,aku cukup tabah untuk hadapinya...Terima kasih Ya Rabb,kau ujiku dgn ujian yang sebegini..Ujian yg aku rasa,aku cukup kuat dan tabah untuk hadapinya..Ramai lagi diluar sana yg Allah uji dengan ujian yg lagi berat...Bila dikenang2,betullah kata suamiku,tahun ini aku perlu lebih 'berdikari'...
   Buat pengetahuan,kami akan berpindah rumah tak lama lagi..Semangatku kembali kuat bila mengenangkan ini..Hatiku gembira setiap kali datang ke rumah kami melihat kerja2 pemasangan grill(walau sedikit kecewa dgn hasil kerjanya),lihat plaster silingku yg masih dalam pemasangan,melihat kitchen kabinetku yg tersergam..
   Terima kasih kekasihku hingga hujung nyawa,kau berikan segalanya untuk keluarga kita,walau pengorbanan itu tak ternilai harganya..terima kasih kekasihku hingga hujung nyawa,walau tak pernah kau ungkap lagi ayat 'aku cinta kamu' tapi aku tahu,kasih sayangmu lebih dari ungkapan itu..Terima kasih kekasih hingga hujung nyawaku....kerana aku tahu,itulah yang terbaik....

Sabtu, 8 Januari 2011

1984....2010 bila perbezaan jadi bicara

Sudah lebih 8 hari di tahun baru ini..Aku memulakan tahun baru dengan orientasi anak sulungku Muhammad Ikhlas As Saufeen di Sek.Ren.Sungai Udang.Bersama Ikhlas dan achik hajar,ku susuri koridor menuju meja pendaftaran.Segala urusan ku uruskan sehingga ke hujungnya dan alhamdulillah tiada masalah..Ikhlas pun begitu teruja dengan sekolah barunya itu,kawan2 barunya,uniform dan beg barunya.


Bila bercerita tentang keterujaan ikhlas ke sekolah dengan persiapan yang lengkap,aku tiba2 teringat kembali saat mama dan abahku menyiapkan segala keperluan kami dahulu.Jika nak dibandingkan zaman aku dengan zaman ikhlas sekarang,terasa berbeza sungguh suasana dan situasinya.


Jika di tahun 1984,aku memulakan persekolahanku dalam darjah satu,tanpa sebarang kemahiran membaca dan menulis.Jauh sekali mengira.Abjad dan nombor hanya ku hafal tanpa ku kenal mana satu empunyanya.Tapi mama kata aku terang hati,kejab je dah boleh membaca dan menguasai 3M itu.Tapi ikhlas sekarang,masuk darjah satu dengan segala kemahiran asas yg ada,sudah mampu membaca dengan lancar,mengira ,menolak dan menambah nombor.Alhamdulillah,seawal umurnya setahun sudah ku dedahkan dengan abjad dan huruf2 ini.


Jika di tahun 1984 dahulu,aku memulakan persekolahanku dengan 2 pasang uniform dan sepasang kasut.Itulah yg akan ku pakai silih berganti.Pensil case yg mama beli hanya satu dan itulah yg akan ku gunakan untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama.Stokin pun seingat aku hanya ada 2 pasang.Berbeza dengan ikhlas sekarang yang ku lengkapkan dengan uniform yg mencukupi,kasut 2 pasang,beg yang berbeza untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama,pensil case pun lain walau watak hero idamannya sama..Ben10..


Seingat aku di tahun 1984 dahulu,mama dan abah hanya bekalkan aku dengan wang saku 50 sen dan bekalan minuman,samada air nescafe atau milo.Kenyang sungguh aku ketika itu dengan wang belanja yang diberi.Nasi lemak 20 sen sepinggan sederhana besar,kuih 3 biji.Air, tak perlu kerana mama dah bekalkan.Namun ikhlas sekarang,paling sedikit aku beri rm1.50 tapi sekarang dah naik 50 sen jadi rm2 untuk sekolah agama dan rm2 juga untuk sekolah kebangsaan.Bekal air tetap dibekalkan.Wah,kuasa duit sekarang semakin kecil..


Sebenarnya,itulah realiti kehidupan yg perlu dihadapi.Bagaimana perit dan jerihnya mama dan abah membanting tulang untuk mencari rezeki membesarkan kami,itulah yg sedang aku dan suami hadapi untuk kehidupan seterusnya.Hidup di zaman yg semakin sukar ini,di zaman yang menuntut segala harga yang mahal.
Namun aku terhutang budi pada mama dan abah,kerana mereka ,aku menjadi aku sekarang,ada kerjaya dan yg penting ada wang untuk meneruskan kehidupan.Terima kasih mama,terima kasih abah.....


Kehidupan masa lampau yg cuba ku jadikan pedoman untuk ku teruskan sisa2 kehidupan bersama keluarga tersayang.Namun ku tahu,masih panjang lagi yg perlu aku hadapi.Pelbagai onak dan duri harus ku tempuhi.
Suami ku berkata pada setiap awal tahun baru,kita mulakan tahun baru ini dengan azam yg lebih baik,agar kita punya matlamat ,agar kita punya semangat......Dan ku mulakan tahun baru 2011 ini dengan azam untuk jadi lebih berdikari dan 'survivol'..kerana aku tahu ...aku perlu jadi lebih kuat dan tabah di tahun ini.....

Selasa, 21 Disember 2010

coret coret 2010

Alhamdulillah...

2010 semakin hampir ke penghujung..menghampiri 2011 yang kita sendiri tak terjangka....pada usia yg semakin meningkat,aku bersyukur sangat diatas segala kurniaanMu,segala ujian dan dugaanMu,segala kesakitan dan kesedihan dariMu,segala rasa bahagia dan gembira dari Mu..

Paling mendebarkan sekitar bulan April dan Mei 2010 bila anak ke 3,Muhammad Akhbar menjalani operation dan dimasukkan ke ICU selepas operation.5 hari akhbar dalam icu buat aku rasa kerdil disisiMu,buat aku rasa aku perlu berdiri kuat untukmu anakku..mengalir air mata setiap kali melihat tubuhmu disaluti wayar disana sini..sampai ketika itu aku lupa ada satu lg nyawa dalam kandunganku,sehingga ku abaikannya buat sekita..Alhamdulillah,walau keperitan itu kau datangkan Ya Allah,aku mampu hadapinya dengan doa dan doa.dengan sabar dan kekuatan yang kau pinjamkan.Akhbar  pulih dan aktif kini.

Kegembiraan dan sedikit keliru pula,bila aku disahkan mengandung lagi..ketika itu sekitar awal februari.Keliru dan gembira bercampur gaul kerana aku baru sahaja melahirkan akhbar ..mampukah aku , mampukah kami..tapi rezeki allah sangat besar..setiap kelahiran anak2ku pasti ada saja rezeki untuk kami sekeluarga..akhirnya 27 oktober 2010 tepat jam 11.15a.m aku melahirkan muhammad khalifah as saufeen dengan 2 kali helaan panjang..kelahirannya disaksikan oleh suami tercinta..sangat mudah..alhamdulillah,aku tak merasai kesakitan disepanjang proses itu,mungkin doa rakanku di hadapan kaabah dimakbulkan Allah.

Sepanjang 2010 ini juga menyaksikan betapa gigihnya suamiku bekerja hingga terpaksa meninggalkan kami sehingga berminggu lamanya.Pernah satu ketika anak2ku diserang cirit birit sehingga longlai tubuh badan mereka,alhamdulillah ada bibik maryam membantu dan akhirnya dia juga terkena simptom yg sama.Mangsa terakhir ialah..si empunya blog ini.Situasi ini ku hadapi sendirian tanpa suami disisi.Sebenarnya banyak perkara ku lakukan sendirian tanpa suami,tapi kami sentiasa sokong menyokong antara satu sama lain.Selayaknya begitu kerana kami memerlukan antara satu sama lain.Ketawa suami bila tahu aku memanjat tangga untuk menukarkan mentol lampu bilik air yang terbakar..bila aku rasa aku boleh lakukannya,pasti aku akan lakukan..

moga 2011 yang bakal kunjung tiba ini akan lebih menguatkan lagi aku....kerana aku tahu pasti akan ada sahaja cubaan dan cabaran serta warna warninya selagi kita bernafas di bumi Allah ini....