Sabtu, 17 Mac 2012

rupanya ratio jadi penyebab...

Assalamualaikum...
         Lamanya sudah tak ku jengah blog yg suam2 kuku saja isinya..biarlah,walau tidak ada pembaca setia,walau tulisan ku tiada berinfo tapi sekadar untuk aku lempiaskan segala yang terbuku..Kata orang kalau dibiarkan lama2 nanti jadi nanah dan berdarah...
Ops..cukuplah,aku bukan nak mengadu apa2 pun..Sekadar nak memulakan tarian jemariku yang ku rasa semakin hari semakin bersemangat nak buat sesuatu..Sesuatu yang dah lama sangat ku impikan.Cuma kekangan demi kekangan yang menghambat buatku rasa cukuplah tulisanku jadi tatapan murid2ku di papan putih..
         Rutin harianku seperti biasa,saban tahun begitu sajalah,cuma aku sering mencabar diri ini untuk lakukan yg bukan kebiasaan..Musim  peperiksaan SPM yg lepas aku berjaya laksanakan tugas sebagai Ketua Pengawas SPM di salah sebuah sekolah harian di daerah Klang yang majoriti pelajarnya hampir 70% cina,selebihnya pelajar melayu dan india.
          Alhamdulillah,pada aku,itulah pengalaman pertama buat aku mengurus dan menyusun dengan baik..Seramai 147 calon dan 8 orang guru berlainan cita rasa dan karenah aku hadapi..tapi terima kasih yang tak terhingga pada mereka2 yg beri aku pengalaman pertama ini..Benarlah kata bijak pandai,tiada yang pertama manakan datang yang kedua.Untuk tahun 2012,sekali lagi aku mengisi borang untuk menjadi Ketua Pengawas dan aku rasa aku perlu tingkatkan kemahiran dengan mengisi juga borang menanda kertas sejarah spm..(nasib geografi tidak ditawarkan di sekolah aku,kalau tak mahu juga ku isi untuk subjek itu )..
Cabaran dalam kerjaya ku juga agak mencabar tahun ini.Pertama kali pegang 3 kelas untuk subjek geografi PMR,aku cabar lagi diri ini supaya mengekalkan,meningkatkan seterusnya menjadikan subjek ini bukan subjek tempelan di sekolah..Bantulah aku Ya Rabb..sesungguhnya aku benar2 inginkan subjek ini diminati oleh pelajar2ku,bukan sekadar hanya mahu lulus peperiksaan sahaja..
             Aku perlu sibukkan diri aku , aku perlu kuat dan tabah untuk meneruskan kehidupan yang kita tak tahu penghujungnya.Anak2ku semakin meningkat dewasa,pelajaran,ilmu dan didikan pada mereka perlu ku jaga..Aku tak mahu dikata,kera di hutan disusukan,anak di rumah cikgu suria abaikan.Ikhlas dan Chinta semakin menunjukkan prestasi yg baik,harap mereka terus2an begitu..doaku sentiasa untuk mereka.Akhbar dan Khalifah juga semakin petah dan lincah,terhibur melihat karenah mereka,melupakan sejenak apa saja yg menekan jiwa.
              Aku ingin kongsi rasa sayang,kasih dan cintaku pada keluarga keranaMu Ya Rahim ,Ya Rahman..aku ingin benar keluargaku jadi keluarga yang sakinah dan mawaddah.Diam2 ku mohon pada setiap sujudku agar keluarga yang kami bina ini berdiri pada landasannya,kukuh akar tunjangnya dengan iman dan amal..Bantulah aku Ya Allah,hapuskanlah rasa yg boleh buat aku sakit menyesakkan di dada,bantulah aku untuk buang segala curiga..bantulah aku untuk buang rasa tidak dicintai lagi dengan terus2an mencintaiMU ,bantulah aku untuk aku tabah dan kuat kerana aku berdiri dengan dua kaki ini.Aku tidak sempurna dan aku tidak memilih kesempurnaan total kerana aku tahu aku tak layak mendapatnya..
              Kesimpulannya,sebagai manusia yang tak sempurna aku ingin memohon pada semua terutama suamiku,kerana aku tahu disepanjang helaan nafas aku bersamamu banyak benar khilafku,banyak benar salahku dimatamu..kerana aku tahu kau sentiasa mahukan kesempurnaan,mungkin aku bukan orangnya..Untuk insan2 yang hampir denganku aku tak sempurna tapi sentiasa berusaha jadi yang baik,hanya sokonglah aku,titiplah sedikit kasih sayang kalian buat aku rasa hangatnya hidup ini.

Wassallam....

1 ulasan: