Sabtu, 8 Januari 2011

1984....2010 bila perbezaan jadi bicara

Sudah lebih 8 hari di tahun baru ini..Aku memulakan tahun baru dengan orientasi anak sulungku Muhammad Ikhlas As Saufeen di Sek.Ren.Sungai Udang.Bersama Ikhlas dan achik hajar,ku susuri koridor menuju meja pendaftaran.Segala urusan ku uruskan sehingga ke hujungnya dan alhamdulillah tiada masalah..Ikhlas pun begitu teruja dengan sekolah barunya itu,kawan2 barunya,uniform dan beg barunya.


Bila bercerita tentang keterujaan ikhlas ke sekolah dengan persiapan yang lengkap,aku tiba2 teringat kembali saat mama dan abahku menyiapkan segala keperluan kami dahulu.Jika nak dibandingkan zaman aku dengan zaman ikhlas sekarang,terasa berbeza sungguh suasana dan situasinya.


Jika di tahun 1984,aku memulakan persekolahanku dalam darjah satu,tanpa sebarang kemahiran membaca dan menulis.Jauh sekali mengira.Abjad dan nombor hanya ku hafal tanpa ku kenal mana satu empunyanya.Tapi mama kata aku terang hati,kejab je dah boleh membaca dan menguasai 3M itu.Tapi ikhlas sekarang,masuk darjah satu dengan segala kemahiran asas yg ada,sudah mampu membaca dengan lancar,mengira ,menolak dan menambah nombor.Alhamdulillah,seawal umurnya setahun sudah ku dedahkan dengan abjad dan huruf2 ini.


Jika di tahun 1984 dahulu,aku memulakan persekolahanku dengan 2 pasang uniform dan sepasang kasut.Itulah yg akan ku pakai silih berganti.Pensil case yg mama beli hanya satu dan itulah yg akan ku gunakan untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama.Stokin pun seingat aku hanya ada 2 pasang.Berbeza dengan ikhlas sekarang yang ku lengkapkan dengan uniform yg mencukupi,kasut 2 pasang,beg yang berbeza untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama,pensil case pun lain walau watak hero idamannya sama..Ben10..


Seingat aku di tahun 1984 dahulu,mama dan abah hanya bekalkan aku dengan wang saku 50 sen dan bekalan minuman,samada air nescafe atau milo.Kenyang sungguh aku ketika itu dengan wang belanja yang diberi.Nasi lemak 20 sen sepinggan sederhana besar,kuih 3 biji.Air, tak perlu kerana mama dah bekalkan.Namun ikhlas sekarang,paling sedikit aku beri rm1.50 tapi sekarang dah naik 50 sen jadi rm2 untuk sekolah agama dan rm2 juga untuk sekolah kebangsaan.Bekal air tetap dibekalkan.Wah,kuasa duit sekarang semakin kecil..


Sebenarnya,itulah realiti kehidupan yg perlu dihadapi.Bagaimana perit dan jerihnya mama dan abah membanting tulang untuk mencari rezeki membesarkan kami,itulah yg sedang aku dan suami hadapi untuk kehidupan seterusnya.Hidup di zaman yg semakin sukar ini,di zaman yang menuntut segala harga yang mahal.
Namun aku terhutang budi pada mama dan abah,kerana mereka ,aku menjadi aku sekarang,ada kerjaya dan yg penting ada wang untuk meneruskan kehidupan.Terima kasih mama,terima kasih abah.....


Kehidupan masa lampau yg cuba ku jadikan pedoman untuk ku teruskan sisa2 kehidupan bersama keluarga tersayang.Namun ku tahu,masih panjang lagi yg perlu aku hadapi.Pelbagai onak dan duri harus ku tempuhi.
Suami ku berkata pada setiap awal tahun baru,kita mulakan tahun baru ini dengan azam yg lebih baik,agar kita punya matlamat ,agar kita punya semangat......Dan ku mulakan tahun baru 2011 ini dengan azam untuk jadi lebih berdikari dan 'survivol'..kerana aku tahu ...aku perlu jadi lebih kuat dan tabah di tahun ini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan