Selasa, 21 Disember 2010

coret coret 2010

Alhamdulillah...

2010 semakin hampir ke penghujung..menghampiri 2011 yang kita sendiri tak terjangka....pada usia yg semakin meningkat,aku bersyukur sangat diatas segala kurniaanMu,segala ujian dan dugaanMu,segala kesakitan dan kesedihan dariMu,segala rasa bahagia dan gembira dari Mu..

Paling mendebarkan sekitar bulan April dan Mei 2010 bila anak ke 3,Muhammad Akhbar menjalani operation dan dimasukkan ke ICU selepas operation.5 hari akhbar dalam icu buat aku rasa kerdil disisiMu,buat aku rasa aku perlu berdiri kuat untukmu anakku..mengalir air mata setiap kali melihat tubuhmu disaluti wayar disana sini..sampai ketika itu aku lupa ada satu lg nyawa dalam kandunganku,sehingga ku abaikannya buat sekita..Alhamdulillah,walau keperitan itu kau datangkan Ya Allah,aku mampu hadapinya dengan doa dan doa.dengan sabar dan kekuatan yang kau pinjamkan.Akhbar  pulih dan aktif kini.

Kegembiraan dan sedikit keliru pula,bila aku disahkan mengandung lagi..ketika itu sekitar awal februari.Keliru dan gembira bercampur gaul kerana aku baru sahaja melahirkan akhbar ..mampukah aku , mampukah kami..tapi rezeki allah sangat besar..setiap kelahiran anak2ku pasti ada saja rezeki untuk kami sekeluarga..akhirnya 27 oktober 2010 tepat jam 11.15a.m aku melahirkan muhammad khalifah as saufeen dengan 2 kali helaan panjang..kelahirannya disaksikan oleh suami tercinta..sangat mudah..alhamdulillah,aku tak merasai kesakitan disepanjang proses itu,mungkin doa rakanku di hadapan kaabah dimakbulkan Allah.

Sepanjang 2010 ini juga menyaksikan betapa gigihnya suamiku bekerja hingga terpaksa meninggalkan kami sehingga berminggu lamanya.Pernah satu ketika anak2ku diserang cirit birit sehingga longlai tubuh badan mereka,alhamdulillah ada bibik maryam membantu dan akhirnya dia juga terkena simptom yg sama.Mangsa terakhir ialah..si empunya blog ini.Situasi ini ku hadapi sendirian tanpa suami disisi.Sebenarnya banyak perkara ku lakukan sendirian tanpa suami,tapi kami sentiasa sokong menyokong antara satu sama lain.Selayaknya begitu kerana kami memerlukan antara satu sama lain.Ketawa suami bila tahu aku memanjat tangga untuk menukarkan mentol lampu bilik air yang terbakar..bila aku rasa aku boleh lakukannya,pasti aku akan lakukan..

moga 2011 yang bakal kunjung tiba ini akan lebih menguatkan lagi aku....kerana aku tahu pasti akan ada sahaja cubaan dan cabaran serta warna warninya selagi kita bernafas di bumi Allah ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan